Kepada semua yang budiman yang memberi ucapan sempena menyambut bulan Ramadhan, disusuli seterusnya perayaan AidilFitri terhadap Ratna & sekeluarga yang sesungguhnya begitu dihargai sepenuh hati...
Sejambak TerimaKasih keatas ucapan sempena hari perayaan yang istimewa, termasuk sekali segala komen-komen yang terdahulu (tanpa dibalasi kembali dari Ratna) khususnya dari Idzwa Kamaruddin, Uji Ratuku, Angahpj, UmmiSara, AzieAzah, NurbayaLily, Muna Mahdzar-Fadaaq, Kak Rose, Balqis (salam perkenalan) dan Mak Wardah.
Se-bouquet bunga MataHari kiriman dari Ibumertua buat penyeri diruangmakan.
Ingatan tulus ikhlas yang jauhnya sukar untuk dicapai namun wujudnya alam maya dapat mempermudahkan ikatan persahabatan kita sekalian menjadi nyata...
semoga hendaknya berkekalan untuk selamanya, Insya'Allah.
Merci beaucoup à vous tous.