
Brownie creamcheese cake yang berlatar belakang dengan himpunan balang jar confiture et gelée de framboises/homemade raspberry jam yang telah kusempurnakan bersama CintaJL.
Dua hari hujan turun, turun seolah enggan berhenti... selatan Peranchis tempat duduknya kakakIpar diMontpellier banjir ! Disini kampongulu cuma basah kuyup !
Jadinya, suhu mendingin dipuncak ya ampuun... dan selera terhadap yang manis-manis pun ya ampuun..
rutin dipetang hari semestinya pasti ada sesuatu yang manis terhidang selaku manisan bagi penawar hari nan monyok !
Dan didalam peti es ada pelbagai cream dan ada yang hampir terminal ujung tarikhnya juga koleksi pelbagai chocolats seperti mahu buka salon de thé ! untuk membikin apa sahaja iya boleh dan jadi aje... belek itu dan ini bukunya desserts & gâteaux tetiba sesangat trigin merasa kembali brownie berlapis diatasnya punya creamcheese begitu sentuhan pahit cacao & chocolat noir dilembutkan dengan kerasaan berkerim bahan tenusu yang tinggi dengan lemaknya digabungkan menjadi yummy !
Kejadiannya...
Masih belum boleh dipotong karena masih hangat.
Sudah dirasmikan...
Yummy !
Lemak tenusu yang lunak serasi dengan chocolat noir yang begitu istimewa kerasaannya.
Penawar dihari yang monyok...
Bunga-bungaan Aster bertambah mengembang rimbun dan bunga matahari cenonet semakin diujung penghabisan... kelihatan banyak kelopak-kelopaknya yang sudah gugur.
Petikan bebuah framboises/raspberries oleh CintaJL sebelum hujan turun kena dipetik dahulu jika tidak bebuahnya akan menjadi lembik dan berair ! dapat empat bekas dan CintaJL sudah dua kali membikin raspberry ice-cream... super yummy !
Tarte Fantastik amande, vanille, framboise de Christophe Michalak, pertamakali membikinnya sebagai buah tangan untuk jiran seberang, dijemput ke rumahnya berminum petang bersama...
Selagi masih ada bebuah framboises dihalaman selagi itulah membikin apa sahaja manisan dengan sibuah merah menyala bersama beberapa biji sikuning diraja bagi naik serinya !
Gambarannya photo ini sahaja karena mahu cepat menapak ke rumah jiran seberang sudah lewat 10 menit, kena pergi dahulu..
Kemudian, verdict-nya terhadap Fantastik oo là là super jolie et super exquise yummy ! Merci Mr Fantastik...
Kemudian, verdict-nya terhadap Fantastik oo là là super jolie et super exquise yummy ! Merci Mr Fantastik...
Voilà.